
Alhamdullilah, Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh 2011 telah selamat dijalankan. Majlis Perasmian tersebut telah bermula pada jam 8.45 malam 7/5/2011 dan disempurnakan perasmianya oleh YB Datuk Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir, Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri Kedah merangkap Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Didalam ucapan alu-aluan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, Sdr Mohd Razlan Rafii, menyentuh cadangan YB Datuk Mukhriz untuk menubuhkan Kolej yg dikendalikan sepenuhnya oleh UMNO. Sdr Mohd Razlan mencadangkan agar Kolej atau Universiti tersebut dinamakan sebagai Universiti Tun Mahathir dan antara fakulti penting yang harus ditubuhkan ialah Fakulti Perubatan, Fakulti Pengajian Politik dan Pentadbiran dan Fakulti Undang-Undang agar dapat melahirkan pakar perubatan yg terbaik, ahli politik yang bertanggungjawab serta dihormati dan pentadbir yang cekap serta amanah.
Persidangan kali ini juga amat bermakna kepada beberapa AJK dan Ketua-Ketua Pemuda Cawangan iaitu Sdr. Alawi Dahalin (Ketua Penerangan), Sdr. Adnan Ishak (AJK), Sdr., Mohd Annuar (KP KEP), Sdr. Azman Said (KP Setia Jaya), Sdr. Mohd Nazar (KP HAppy Utara), Sdr. Romzain (KP Salak South), Sdr. Azmi Adb Aziz (KP Pagar Ruyung)dan beberapa perwakilan kerana ini mungkin kali yang terakhir mereka menghadiri Persidangan Pemuda. Oleh yang demikian, Persidangan merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah diatas khidmat cemerlang mereka sepanjang mereka berada didalam pemuda.
Akhirkata, Persidangan kali ini merakam ucapan tahniah dan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur yang diketuai oleh Naib Ketua Pemuda, Sdr Mohd Badrul Ezan serta Jawatankuasanya dan semua perwakilan diatas semangat perjuangan dan persahabatan yang tinggi dalam memperjuangkan agama bangsa dan negara.
Salam




0 ulasan: