Azlan Harris Sulieman Pengerusi Pembangunan Ekonomi & Usahawan 019-2770731
Ahmad Fauzan Mohd Nazar Tim. Pengerusi Biro Penerangan & Latihan 019-3878729
Mohd Fadzlin Mohd Yatim Tim. Pengerusi Biro Pembangunan Islam 012-3917571
Ahmad Suhaimi Mohd Salleh Tim. Pengerusi Biro Pembangunan Ekonomi & Usahawan 016-3973470
Mohd Kassim Mat Jais Pengerusi Biro Kebajikan, Sosial & Pengaduan Awam 012-3219490
Mohd Masri A. Bakar Tim. Pengerusi Belia, Sukan & Rekreasi 012-6400300 Zafrizan Mat Tahar Tim. Pengerusi Biro Kebajikan, Sosial & Pengaduan Awam 012-2959581
Ahmad Farid Yahya Tim. Pengerusi Biro Keselamatan 012-6331803
Jamal Azhar Abdullah Pengerusi Biro Teknologi Maklumat & Pendidikan 012-3639171
GOMO hari ni mendedahkan beliau telah terjumpa lembu² yg mempunyai rupa paras yg sama dgn beberapa org pemimpin pembangkang.
Pakatan Pembangkang melalui Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution dan Zuraidah menyatakan kepada rakyat bahawa NFC di Gemas N. Sembilan hanya mempunyai 3 ekor lembu sahaja. Hakikatnya apabila Gomo sampai disini dan melihat dengan mata kepala yang ada ni Gomo dapati ada SATU RIBU TIGA RATUS LEBIH lembu yang ada dalam ladang NFC.
Jelaslah disini permulaan mereka Pakatan pembangkang yang menfitnah dengan adanya 3 ekor lembu sebenarnya ada mereka.
2 ekor lembu jantan Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution dan seekor lembu betina Zuraidah MP Ampang.
Gomo akan maklumkan mengenai apa yang ada di National Feedlot Coporation di Gemas N. Sembilan ini dalam masa terdekat demi menjelaskan kepada rakyat Malaysia agar jangan termakan dengan dakyah Fitnah Pakatan Pembangkang.
Motif utama serangan keatas NFC adalah kerana syarikat ini dimiliki 100% Melayu yang mana dengan berkembang majunya Syarikat ini membuatkan ramai Tauke Besar Cina kerugian besar kerana tidak dapat menguasai pasaran tempatan dengan lembu import mereka.
Agenda utama Pakatan Pembangkang sebenarnya adalah agenda DAP. Nantikan pendedahannya....
Psssttt.... Ada yg kata Blogger backup NFC ni Blogger Lembu? Tak mengapa kerana mereka tidak tahu Hujung pangkal ceritanya..
Dalam sibuk PAS menuduh UMNO sedang 'memperkudakan' agensi-agensi Kerajaan seperti SPR dan JPN, mari kita tengok siapa sebenarnya yang telah menggunakan sistem yang ada.
Sebelum dok sembang panjang, kita tengok FAKTA dahulu (bukannya Fitnah yang sering berada di dada Harakah dan Suara Keadilan).
Demografi Pulau Pinang:
Daripada statistik penduduk,
Melayu = 42.05%
Cina = 40.92%
India = 9.67%
Lain-lain = 7.37%
PERSOALANNYA, KENAPA PENGUNDI CINA LEBIH RAMAI DARIPADA PENGUNDI MELAYU???
Daripada statistik pengundi,
Melayu = 33.63%
Cina = 55.05%
India = 10.85%
Lain-lain = 0.06% + 0.05% + 0.34%
Hebat gile DAP buat magik. Dalam nak hasut rakyat berhimpun dalam demonstrasi BERSIH 2.0, DAP berjaya men'cina'kan Negeri Pulau Pinang!
Kalau dah pengundi Cina banyak cenggini, 'kompom' DAP tetap berkuasa di Penang.
Kalau dah berjaya daftarkan pengundi sampai kalah bilangan Melayu yang patut jadi majoriti, KENAPA PEMBANGKANG MASIH NAK HASUT RAKYAT BERDEMONSTRASI?
BODOH SANGAT KA PAK LEBAI PAS SAMPAI TAK BOLEH PIKIAQ???
Tak percaya dengan statistik pengundi, anda boleh selidik sendiri dengan data yang terbaru.
Aku ulangi.....Cina 40% tapi pengundi 55%, Melayu 42% tapi pengundi 33%
Aku ulangi.....Cina 40% tapi pengundi 55%, Melayu 42% tapi pengundi 33%
Aku ulangi.....Cina 40% tapi pengundi 55%, Melayu 42% tapi pengundi 33%
Aku ulangi.....Cina 40% tapi pengundi 55%, Melayu 42% tapi pengundi 33%
Aku ulangi.....Cina 40% tapi pengundi 55%, Melayu 42% tapi pengundi 33%
*Tak lama lagi Penang akan repeat sejarah Singapura. Melayu semakin jadi minoriti walaupun ramai.
Seksualiti Merdeka yang dianjurkan oleh beberapa NGO yang berselindung di sebalik hak kebebasan dan hak asasi manusia dari awal November sehingga pertengahan bulan ini, sebenarnya semakin mendedahkan tembelang sebenar pihak yang berjuang dan menyokong Pakatan Rakyat. Bahkan secara tidak langsung, turut sama menggambarkan HEDONISME yang menjadi teras perjuangan Pakatan Rakyat sekiranya mereka berkuasa di Malaysia.
Dengan ‘nasihat’ daripada Majlis Peguam yang mendesak kerajaan agar tidak mengambil tindakan terhadap kumpulan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LBGT) atas alasan agar Malaysia dilihat sebagai sebuah negara demokrasi yang disegani di dunia, Majlis Peguam sebenarnya menjelaskan tujuan sebenar perjuangan mereka iaitu memperlihatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak bermoral dan seks boleh dilakukan secara bebas tanpa sebarang sekatan.
Pengharaman serta-merta yang dibuat oleh PDRM dan ugutan daripada Menteri Wilayah bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap penganjur program tersebut sebenarnya dilihat terlalu sopan dan terlalu berlembut.
Umum mengetahui, mereka yang mengamalkan kehidupan cara songsang itu di negara ini sangat ramai dan mereka sudah terlalu berani untuk memperagakan kecenderungan mereka yang songsang itu. Ditambah pula, bagaikan terdapat pantang larang yang sangat besar untuk sesiapa sahaja memperkatakan bahawa penyakit HIV dan AIDS sebenarnya berpunca daripada kecenderungan seksualiti songsang itu, menjadikan golongan tersebut dilihat lebih berani.
Seharusnya pihak berkuasa memperkemaskan dan memperkasakan langkah-langkah pencegahan. Mana-mana pusat gay digempur dan dimusnahkan terus. Bahkan mereka yang ditangkap, dibicarakan dan didapati bersalah kerana berkecenderungan songsang seharusnya dikenakan hukuman yang jauh lebih berat berbanding denda yang jumlahnya boleh dibayar berkali-kali. Mungkin tidak salah kalau hukuman bunuh yang dijalankan oleh Iran ke atas pengamal homoseksual dilaksanakan pula di negara ini.
Terdapat fatwa yang mengharamkan tomboy. Bagaimanapun, perlaksanaan yang dijalankan amat lemah. Fenomena tomboy semakin menjadi-jadi dan golongan itu boleh dilihat dengan mudah. Biarpun terdapat fatwa dan larangan, namun tiada sesiapa pun yang peduli dan takut. Sebabnya mudah, tiada perlaksanaan dan kurangnya perhatian yang diberikan untuk membasmi gejala berkenaan.
Barangkali pihak berkuasa dan orang-orang besar di atas sana berasakan, masalah tersebut bukanlah satu perkara besar. Bagaimanapun, sebagai umat Islam, Kristian mahupun Yahudi, gambaran dahsyat yang menimpa Sodom dan Gomorrah yang diperkatakan menerusi al Quran, Bible dan Old Testament wajar diberikan perhatian. Apabila Tuhan sendiri sudah memperkatakan bahaya serta bencana yang didatangkan daripada perbuatan songsang itu, bagaimana manusia biasa boleh menolak atau menafikannya.
Malaysia sebenarnya bukanlah bersaiz besar. Apatah lagi Malaysia dibahagi-bahagikan kepada 13 buah negeri yang mempunyai pentadbirannya sendiri. Perbezaan kaum, agama dan bahasa bukan penghalang kepada perlaksanaan dan memperkasakan undang-undang yang mencegah LGBT. Namun ketakutan yang keterlaluan terhadap pengaruh pengundian pada pilihanraya, dilihat menjadi penghalang utama.
Festival Seksualiti Merdeka, biarpun secara rasminya tidak dapat diadakan, namun keazaman yang ditunjukkan oleh Ambiga Sreevanasan yang sebelum ini mendapat sokongan kuat daripada Melayu PKR dan PAS selain tulang belakangnya adalah DAP, pastinya disambut secara kecil-kecilan. Dan yang pastinya, sama seperti tahun lepas, peserta-pesertanya akan bertanya, apakah salahnya mereka menyukai seks songsang!
Orang Johor begitu buruk pada pandangan mata para pemimpin pakatan.Kita dikejutkan dengan penghinaan oleh Lim Guan Eng apabila beliau memburukkan negeri Johor kononnya kadar jenayah yang tinggi.
Sehingga sekarang walau pun Lim Guan Eng terbukti membuat fitnah beliau masih tidak memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Johor.
Setelah difitnah dengan kadar jenayah yang tinggi oleh Guan Eng,Seluruh rakyat Johor yang bekerja di Singapura sekarang ini sudah dianggap murtad oleh Bob Lokman .Bekas pelawak ini memberi tazkirah di PASTI,Sg Burong Balik Pulau selepas maghrib pada 9/10/11 dengan dihadiri oleh 50 orang khawarij PAS bersama PKR.
Bob Lokman berkata rakyat Johor disifatkan murtad kerana terpaksa keluar seawal jam 5 pagi untuk pergi bekerja di Singapura,beliau menuduh rakyat Johor tidak melakukan solat kerana keluar dari rumah awal pagi dan pulang pada waktu petang.Katanya mereka mereka ini tidak ada masa untuk bersolat.
Maka kesemuanya dihukum murtad.Begitulah penghinaan dan dihukum murtad terhadap rakyat Johor. Bob Lokman beranggapan beliau sudah setaraf alim ulamak dengan hanya menyertai PAS kemudian sudah boleh mengkafirkan orang lain.
Bob Lokman berasakan dirinya terlebih suci hingga sewenang wenangnya menyerang umat Islam lain kerana berpendapat hanya PAS saja yang punyai islam yang tulen.
Terlalu banyak fakta bodoh dan fitnah yang kononnya dianggap sebagai tazkirah yang diperkatakan oleh Bob Lokman,tak perlu Pisau dedahkan kerana kita sendiri akan terasa bodoh apabila mendengar tazkirah beliau, Bob Lokman begitu angkuh dan berasa bangga kerana mengangkat dirinya sebagai pendakwah setelah mendapat "hidayah" untuk menyertai khawarij PAS.
Rakyat Johor! Baru ni DAP kata rakyat johor penyamun & penjenayah,sekarang PAS kata Anda dah jatuh murtad? Apa macam sekarang?
Saya kesian dengan nasib parti PAS pada masa akan datang. Suara PAS di dalam barisan Pakatan Rakyat semakin hari semakin perlahan. Mungkin perkara ini akan terus berlarutan sehingga lepas Pilihanraya Umum 13 nanti.
Apa saja yang dikatakan oleh PAS, akan didengari dan dikaji oleh PKR dan DAP tetapi akhirnya cakap² tersebut dibiarkan begitu saja. Kerana tidak sependapat dengan geng Pakatan yang tidak ikhlas dalam perjuangan.
Contoh isu Lynas yang diperkatakan oleh Presiden PAS, Hadi Awang. Beliau menyelar tindakan beberapa pemimpin Pakatan yang menentang projek Lynas kerana tidak mendapat nasihat daripada pakar dalam bidang tersebut.
Beliau mengajak semua pihak supaya merujuk kepada saintis PAS, Dr Che Rosli Che Mat, Ahli Parlimen Hulu Langat yang mempunyai kelulusan dalam bidang nuklear dan keracunan.
"Adanya risiko bukan alasan untuk mengharamkan sesuatu perkara. Risiko mesti berpadanan dengan manfaatnya.."- Prof. Dr Ahmad Termizi Ramli
"Setelah saya melihat dari segi infrastukturnya, dari segi bahan yang dibawa, saya sendiri pantau, monitor. Lynas selamat.."- Dr Che Rosli Che Mat
Itu pengakuan kedua² pakar dalam bidang tersebut. Hadi Awang juga menasihatkan orang ramai mendapatkan pendapat daripada pakar ini.
Cuma pendapat daripada 'pakar' nuklear Kuantan si Yb Fuziah tu yang agak jengkel untuk dipercayai. Katanya kilang tersebut bakal melahirkan radiasi yang kuat sehingga boleh menyebabkan berlaku perkara² yang tak diingini seperti di loji nuklear Fukushima, Jepun semasa kejadian tsunami baru² ini.
Industri Rare Earth pada dahulunya didominasi oleh Amerika yang mana berakhir pada tahun 1980-an yang mana selepas itu penghasilan Rare Earth dikuasai oleh China.
China yang mempunyai 48% rizab Rare Earth dilihat bakal menjadi kuasa teknologi moden menjelang 2015 berbanding Amerika yang mempunyai rizab Rare Earth sebanyak 13%. Manakala Australia, Kanada dan Russia difahamkan mempunyai rizab tersendiri.
Foto tapak pembinaan Lynas :
Ikuti 25 fakta penting yang perlu diketahui oleh rakyat Malaysia mengenai Lynas :
1)Projek Lynas merupakan satu kejayaan besar kerajaan dalam mendapatkan pelaburan dari luar negara dalam jumlah yang besar malah ianya dipersetujui serta diakui oleh pemimpin DAP Leong Ngah Ngah yang mana turut disiarkan dalam tabloid cina.
2)Dr. Che Rusli Ahli Parlimen PAS Hulu Langat yang mana merupakan pakar radioaktif juga mengatakan bahawa projek ini tidak berbahaya dan mengikut piawaian antarabangsa.
3)Loji Lynas yang dalam pembinaan di Gebeng dipasang dengan sensor radiasi dan peralatan terkini dalam mengendali pencemaran.
4)12 kolam simpanan sementara yang dilapisi dengan plastik padat berdentisiti tinggi turut dibina dan diletakkan di dalam tanah akan dilapisi dengan tanah liat bagi membolehkan tempat simpanan tersebut kedap air yang mampu menahan tahap radioaktif sehingga ia dikeluarkan.
5)China menghasilkan 97% daripada bekalan dunia manakala Jepun merupakan pengimport terbesar Rare Earth. Ketika kedua negara ini mengalami perbalahan diplomatik China menggunakan logam berharga ini sebagai senjata untuk memaksa Jepun tunduk serta berdamai dengan mereka.
6)Dalam teknologi menghasilkan telefon pintar dan kereta hibrid produk Rare Earth merupakan sumber utama bagi Jepun. Kerana mereka bergantung sepenuhnya kepada Rare Earth.
7)Rare Earth mengandungi tahap radioaktif yang paling rendah.
8)Lynas enggan meneruskan pelaburan mereka di China berikutan sekatan ke atas semua produk akhir. Manakala cukai import dan eksport untuk Rare Earth dikenakan sebanyak 25% selain sekatan juga turut dikenakan. Ini membuatkan harga bahan berkenaan berganda-ganda.
9)Sebelum komited untuk menempatkan pelaburan mereka di Malaysia Lynas telah pun menerima kelulusan untuk membina kilang Rare Earth mereka di Australia malah China juga turut memberi kelulusan yang sama. Walaupun ada kes di Boutou di mana tahap radiasi dilaporkan mencemari sumber air utama penduduk setempat.
10)Malaysia dipilih kerana lokasi strategik dengan pasaran, mempunyai akses kepada bahan kimia yang berkualiti tinggi, peralatan dan juga kemahiran teknikal yang miliki Malaysia diperakui oleh pihak Lynas.
11)Lokasi Pelabuhan Kuantan juga dilihat lebih strategik untuk aktiviti pemerdagangan, China tidak dipilih kerana lokasinya yang jauh dan tinggi jumlah cukai importnya manakala Australia lokasinya dilihat tidak strategik dari segi geografi.
12)Tempoh pengecualian cukai selama 12 tahun yang diberikan kerajaan adalah kerana status Lynas sebagai perintis Amoco dan WR Grace selain itu Lynas akan mempromosikan pelbagai produk industri pendokong di Malaysia yang merangkumi perabut, kimia baja dan lain-lain. Secara tidak langsung ianya memberi manfaat yang besar kepada industri peruncitan F&B di Malaysia.
13)Lynas juga telah bersepakat dengan lain syarikat untuk menukar produk sampah kepada konkrit. Tahap torium yang boleh diubah menjadi produk sampingan yang tidak berbahaya seperti agregat semen yang digunakan dalam pembangunan jalan.
14)Pembangkang yang diwakili Fuziah Salleh cuba untuk menghentikan Lynas dengan tujuan untuk menghilangkan keyakinan serta kepercayaan negara luar kepada negara dan bangsa Malaysia dengan ini Malaysia dilihat tidak mampu membuat keputusan walaupun ianya berdasarkan standard antarabangsa dan undang-undang.
15)Rang Persetujuan Perlesenan Lynas adalah dari Agensi Pusat di bawah MOSTI dan Perkhidmatan Industri dan Tenaga Atom Licensing Board (AELB) dan dipantau penuh oleh Agensi Tenaga Atom Sedunia (IAEA).
16)Kelulusan lesen kepada Lynas tiada kaitan dan kena mengena dengan Kerajaan Negeri Pahang.
17)Panel bebas daripada (IAEA) turut dilantik oleh kerajaan pusat berikutan timbul kebimbangan terhadap aspek keselamatan projek berkenaan. Seramai 10 orang pakar yang diakui arif dalam ilmu masing-masing dilantik menanggotai panel berkenaan yang dipimpin oleh Dr. Tero Varjoranta dari Finland di mana beliau merupakan Pengarah Bahagian Bahan Bakar Nuklear dan Teknologi Limbah IAEA.
18)Pakar-pakar iaitu Jan Van Der (Belanda), Dr. Leo M. Lowe (Kanada), Prof. Dr. Balagopala Pillai (India), Dr. Dennis Wymer (Inggeris), Scawela Ulric Hanna Kajander (Findland), Dr. Horts Monken Fernandes (Brazil) dan Hiroko Raticliffe yang bertindak sebagai pembantu pentadbiran.
19)Semua ahli panel yang dilantik ini mempunyai kepakaran khusus dalam perlindungan sinaran, penilaian keselamatan, pengurusan sisa, pengangkutan dan tindakan pembaikkan.
20)Misi pasukan ini adalah untuk mengkaji semula tahap pematuhan terhadap Piawaian Keselamatan Antrabangsa. Terutama berkaitan dengan tahap keselamatan radiasi.
21)Tahukah kita bahawa Indonesia, Vietnam dan Bangladesh yang merupakan negara lebih miskin dari Malaysia telah pun merancang untuk memulakan projek ini dimana mereka bakal mengendalikan loji nuklear sendiri menjelang 2020.
22)Bahan mentah yang digunakan oleh Asian Rare Earth di Bukit Merah ialah bahan 'Tin Mining Tailings' yang mana mana ianya berbeza dengan yang digunakan oleh Lynas. Di mana 'Tin Mining Tailings' ianya 50 kali lebih tinggi tahap radiasinya.
24)Rata-rata pekerja Lynas akan menerima 2 millisivert /setahun tahap radiasi dibandingkan dengan mereka yang merokok sekotak rokok sehari dimana ianya menerima 150 millisivert/setahun tahap radiasi.
25)Para pekerja di loji ini hanya menerima 10% radiasi tambaan sebagaimana diterima dalam kehidupan harian para juru x-ray perubatan dan pergigian.
Menurut Fuziah Toron lagi, kesan radiasi ini bakal menyebabkan tumbesaran manusia terbantut dan akan memberi kesan kepada tumbuhan hijau dan lain-lain.
Pada pandangan GR mungkin sama dengan apa yang pembaca fikirkan, yang pasti memang layak pemimpin ini dijadikan contoh. Imejnya sangat menyenangkan semua orang dengan kepimpinan yang memenuhi kriteria seorang pemimpin UMNO. Malah mereka yang pernah bertemu dengannya tidak kekok kerana kemesraan beliau yang tidak mengira siapa.
WINABLE CANDIDATE memang ada pada pemimpin muda ini terutama sekali diperingkat Pemuda UMNO W.Persekutuan. Dengan perwatakan imej yang baik dan seorang yang jenis kuat bekerja tidak kira masa, beliau juga senang diterima dihati rakyat. Cuma mereka yang tidak suka saja mengadakan kontroversi yang tidak masuk akal.
Syabas Datuk Rizalman B. Dato' Mokhtar atas imej baik dan sangat menyenangkan. Semoga LEBIH RAMAI pemimpin Pemuda UMNO tampil dengan membawa imej yang baik dan yang penting berkhidmat demi untuk kepentingan rakyat.
Program Jom Service motor percuma Pemuda UMNO seputeh bertempat di Pusat Khidmat Masyarakat UMNO Bahagian Seputeh.
Dibuat pada 4 mac 2012 Masa dari 9am - 4pm Perasmi.
Program ini telah dirasmikan Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusof, Ketua Bahagian UMNO Seputeh.
Program ini telah dihehadiri seramai 400 Buah motor yang datang dati sekitar kawasan Seputeh.
Program ini bertujuan untuk merapatkan orang muda bersama dengan kepimpinan BN Seputeh.
Dalam ucapan perasmian oleh Datuk Mustapa beliau mengajak semua anak muda untuk mengelakkan gejala kurang sihat, jangan terlibat dengan lumba haram.
Beliau mencadangkan agar Satu perlumbaan di tengah-tengah bandar kuala lumpur diadakan untuk menarik minat anak muda daripada terlibat dengan sukan bermotor.
Sdr Mohd Razlan yakin Orang muda hari ini sudah dekat dengan Barisan Nasional. Slogan BN Pilihan Orang Muda sudah menampakan impak dan ini kita dapat lihat kehadiran hari ini.
"YB Teresakok tidak peduli orang muda di Parlimen Seputeh. Selama beliau menjadi wakil rakyat, tidak ada satu program pun yang di buat untuk memberi kebajikan kepada orang muda, peruntukan yang diberikan kepada beliau selama menjadi wakil rakyat, Orang Muda Parlimen Seputeh tidak pernah merasa dan kita sendiri tak tahu mana pergi peruntukan yang diberikan selama ini.
Pemuda UMNO Bahagian Seputeh telah mengadakan satu program 'Jom Servis Motosikal' di Dewan Masyarakat Seputeh pada hari Ahad, 4 March 2012. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan sebanyak 400 buah motosikal diservis.
Program telah dirasmikan oleh Ketua Umno Bahagian Seputeh Datuk Mustapa Kamal. Datuk Mustapha menasihatkan para penduduk muda di Seputeh untuk menjaga dan menjauhkan diri dari aktiviti lumba haram yang hanya memudaratkan diri sendiri.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh Sdr. Razlan Rafii memulakan ucapan dengan menasihatkan anak muda untuk mendaftar sebagai pengundi kerana kuasa mengundi adalah sangat penting bagi orang Melayu.
Program 'Jom Servis Motosikal' ini bermula dari 9.00 pagi hingga ke 4.00 ptg. Program ini memberikan servis percuma kpd anak-anak muda yang mempunyai motosikal di sekitar kawasan Seputeh. Antara servis yang diberi adalah penukaran minyak hitam dan spark plug motosikal secara percuma.
Diharap lebih banyak program seperti ini dapat diadakan untuk merapatkan UMNO dengan anak-anak muda di sekitar kawasan parlimen seputeh pada masa akan datang.